Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQ)
Pastikan anda klik butang "Tanya Soalan" untuk setiap soalan baru. Manakala butang "Jawapan Balas" hanya untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Soalan8 Jawapan14 | Papar Semua
Tempoh Jaminan Produk
berapa lama tempoh jaminan produk yang diberikan
Roslan
  • Terima kasih kerana bertanya

    Anda boleh mendapatkan informasi mengenai tempoh jaminan produk di laman produk itu sendiri

    setiap produk mempunyai tempoh jaminan yang berbeza2
     
    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?4
  • bergantung pada produk bro biasanya brg2 elektronik tempoh jaminan dia dari 6-12 bulan
    Jit
    Adakah jawapan ini membantu?3
  • Thanks
    Roslan
    Adakah jawapan ini membantu?1
Perlu ke register atau daftar ahli utk buat pembelian?
agak leceh kalau nak daftar kena taip itu ini
Ahmad Salee
  • bergantung pada keseriusan bro utk shopping, biasanya kalau nk selamat better register la
    Rustam
    Adakah jawapan ini membantu?3
  • daftar lebih senang proses pembelian bro
    najib
    Adakah jawapan ini membantu?1
  • portal ni account registration dia integrate dengan paypal jadi data kita selamat
    Harun
    Adakah jawapan ini membantu?1
  • kalau saya daftar lebih selamat
    Misran
    Adakah jawapan ini membantu?1
Selain Akaun Paypal
Kalau saya xde akaun paypal mcmmana nk register ahli
Amin
  • ala pergi je register kat paypal.com senang jer
    Alias
    Adakah jawapan ini membantu?2
  • Terima kasih kerana bertanya

    Encik perlu ke laman paypal.com untuk membuat pendaftaran. Buat masa ini hanya pembayaran melalui Paypal disediakan, Paypal juga memberi jaminan 30 hari wang dikembalikan jika produk yang anda pesan tidak sampai
    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?1
Berapa lama tempoh yg diambil utk pos ke malaysia timur
tempoh pos ke sabah/serawak berapa lama nk sampai ye?
Ghani
  • Terima kasih kerana bertanya

    7 hingga 14 hari bekerja jangkaan untuk produk dari pembekal dalam Malaysia sampai ke destinasi anda bergantung pada kawasan atau jika dinyatakan sebaliknya pada laman produk atau mana2 difikirkan perlu.

    14 hingga 60 hari bekerja jangkaan untuk produk dari pembekal luar Malaysia ( seperti China,Indonesia,India dll ) untuk sampai ke destinasi anda bergantung pada kawasan atau jika dinyatakan sebaliknya pada laman produk atau mana2 difikirkan perlu.

    Jika "tracking number" disediakan , kami akan mengemas kini pesanan anda dengan maklumat itu. Sila ambil perhatian bahawa jika item yang dipesan dihantar dari luar Malaysia tidak semua pesanan mempunyai "tracking number"..

    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?3
Tracking Number
Adakah setiap order akan diberikan tracking no?
Sazwan
  • Terima kasih kerana bertanya

    Ya! kami akan berikan maklumat mengenai tracking no jika disediakan oleh syarikat penghantaran.

    Untuk makluman jika produk yang dipesan dihantar dari luar negara seperti China kebanyakannya tidak menyediakan maklumat tracking no
    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?2
Ada service COD tak, sampai barang baru bayar
Boleh tak saya order dulu dan pihak macam2.net hantar ke lokasi saya baru saya bayar
Daud Sepang
  • Terima kasih kerana bertanya

    Buat masa sekarang pihak macam2.net belum menyediakan perkhidmatan Terima Dan Bayar atau COD. Tapi jangan bimbang Paypal menyediakan jaminan 30 hari wang dikembalikan jika barangan yang anda pesan tidak sampai
    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?2
30 hari jaminan paypal
Dari segi apa jaminan 30 hari paypal tu?
Abas
  • Jaminan 30 hari Paypal melindungi pembelian anda dalam kes dimana produk yang anda pesan tidak sampai

    Jika ini berlaku anda boleh melapurkan pada paypal dengan klik disini
    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?2
Program Affiliate
boleh tak saya nak join affiliate macam2.net?
Ros
  • Terima kasih kerana bertanya..

    Pihak kami telah menghentikan program affiliate kerana beberapa isu, program ini akan disambung semula jika pembekal2 kami memenuhi spesifikasi. Kami akan memberitahu perkembangan ini dari masa ke semasa
    Admin M2
    Adakah jawapan ini membantu?1