Komen Terbaru
 

Jaminan belian Paypal

Sumbangan artikel oleh dalam kategori  Informasi Portal, Soalan2 Lazim / FAQ . 2 Komen.

Perlindungan pembelian dengan Paypal
Nota : Perjanjian Paypal ini berubah mengikut kesesuaian semasa, untuk maklumat terkini sila ke laman paypal atau klik Perjanjian Pengguna Paypal dan Polisi Kerahsiaan Paypal .

Jika barangan yang anda beli dalam diportal ini, tidak tiba atau sebaliknya, Paypal akan membayar balik amaun penuh item termasuk penghantaran kos, selagi syarat2 pembelian dipenuhi. 
 
contoh : 

Anda membeli buku tetapi mendapat DVD, anda membeli item baru tetapi mendapat sesuatu yang telah digunakan, anda membeli 3 barangan tetapi hanya mendapat 2, item itu rosak semasa penghantaran, item yang tidak sempurna (yang penjual tidak dedahkan), atau anda membeli satu jenama yang sahih tetapi mendapat item palsu dan sebaliknya. Sila beritahu kami dengan klik disini

Garis Panduan 

Log Masuk ke Paypal dan buka pertikaian dalam masa 45 hari selepas pembelian. Jika anda gagal untuk berbuat demikian, atau jika akaun anda tidak berada dalam keadaan yang baik, anda mungkin tidak dilindungi. 

Item tidak dilindungi 

Item bukan fizikal seperti barangan atau perkhidmatan digital,e-book, hartanah, kenderaan bermotor (daripada apa-apa jenis), barangan ditempah khas(custom made), tiket perjalanan, jentera perindustrian (pembuatan), kad prabayar, atau barang-barang yang melanggar polisi Paypal, apa sahaja yang anda beli dengan orang perseorangan(tiada pendaftaran syarikat), atau pemindahan wang kepada rakan-rakan atau keluarga. 

Perlindungan Akaun 

Anda tidak layak atas pembelian produk2 yang tidak dibenarkan atau tidak sah dari akaun anda walaupun anda melaporkan kejadian dalam tempoh 60 hari. 

Bayaran balik 

Jika sesuatu pembelian tidak sampai ke destinasi anda atau tidak seperti yang dinyatakan, Paypal akan membayar balik sepenuhnya kos pembelian yang layak serta kos penghantaran sewaktu pembelian. 

Sokongan responsif 

Paypal sedia membantu. Dapatkan sokongan penuh jika anda tahu terdapat aktiviti yang mencurigakan, kecurian identiti, atau phishing. Laporkan kepada Paypal secara langsung disini.

 

Nota : Untuk kadar cas terbaru anda boleh ke laman paypal atau klik sini
The Personal Transaction fee will be shown at the time of payment.

Domestic Personal Transactions

Activity

 + 3.9 %

 + RM 2

Sending or Receiving

Free (when no currency conversion is involved)

3.4% + Fixed Fee (see table below)

 

2 Komen (2 Jawapan balas)

 untuk komen ( Anda mestilah sudah mempunyai akaun Paypal )